Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Keputusan ujian saringan bagi kes Covid-19 membabitkan jangkitan terbaharu yang dikesan di negeri ini akan diketahui dalam masa terdekat.

Ujian saringan dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) itu membabitkan 70 penduduk Mukim Kuala Balah, Jeli yang menjadi kontak rapat bagi dua kes positif Covid-19 yang dikesan dalam sebuah keluarga.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, indeks untuk dua kes terbaharu itu adalah dari Selangor yang datang ke negeri ini untuk menziarah keluarga.

"Kita sudah menjalankan ujian saringan terhadap kontak rapat serta memantau pergerakan ahli keluarga individu yang dijangkiti.

"Kita jangkakan dalam masa sehari dua lagi keputusan akan diperoleh," katanya ketika sidang media di Jabatan Kesihatan Negeri, Wisma Persekutuan, di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Zaini menyampaikan kata-kata semangat kepada empat jururawat JKNK yang akan dihantar ke Labuan, Sabah untuk membantu kakitangan di sana dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Beliau menasihati individu yang datang dari kawasan zon merah agar menjalani rawatan segera jika bergejala bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

DR ZAINI (tengah) bersama dengan empat Jururawat dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan ditugaskan ke Labuan, Sabah. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
DR ZAINI (tengah) bersama dengan empat Jururawat dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan ditugaskan ke Labuan, Sabah. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 7:35 PM