FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Wartawan Harian Metro

Putrajaya: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu kelangsungan perniagaan pengusaha Bumiputera akibat Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, usaha berkenaan bertujuan membantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 serta meringankan beban ditanggung pengusaha IPTS Bumiputera.

Menurutnya, MARA sebagai agensi pelaksana diperuntukkan RM300 juta, RM150 juta diperuntukkan pada tahun 2020 dan baki RM150 juta pula diperuntukkan pada tahun 2021.

" SPiM PENJANA IPTS akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat MARA dengan had pembiayaan tidak melebihi RM50 juta.

" Penilaian had pembiayaan adalah tertakluk kepada keperluan serta keupayaan bayaran balik pembiayaan pemohon," katanya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, IPTS Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], adalah kumpulan sasar yang layak memohon Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk IPTS Bumiputera ini.

Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan www.pmbtijari.com.my/spimpenjana. Soalan-soalan lazim dan perincian permohonan boleh didapati di pautan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 4:47 PM