FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Saipul Adli Mohamad dan Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Dua kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu ahli keluarga kes positif dan petugas barisan hadapan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, bagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan membabitkan petugas barisan hadapan berlaku di luar waktu bertugas iaitu dalam komuniti dan tempat awam.

"Ketika bertugas, saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada petugas barisan hadapan adalah memakai pakaian perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan sarung tangan.

"Apabila di luar waktu bertugas, mereka juga mesti patuh prosedur operasi standard (SOP) seperti ke pasar atau tempat awam.

"Ini yang kita bimbangkan dan kita perlu pastikan mereka patuh SOP ketika di luar tugas. Bukan hanya rakyat tapi juga petugas barisan hadapan," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, pematuhan kepada SOP itu adalah amanat penting KKM untuk melindungi mereka ketika bertugas dan mengurangkan jangkitan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 8:15 PM