MAHKAMAH Syariah Kuala Terengganu. FOTO Ihsan FB Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
MAHKAMAH Syariah Kuala Terengganu. FOTO Ihsan FB Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
BERNAMA

Kuala Terengganu: Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Terengganu ditutup selama dua hari bagi proses disinfeksi dan nyah kuman.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, kedua-dua premis itu ditutup bermula hari ini.

"Proses disinfeksi ini perlu dilakukan kerana terdapat tiga pegawai yang hadir ke Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick KLIA, Sepang pada 29 September lalu yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

"Sehubungan itu, hanya perkhidmatan kaunter setempat akan beroperasi pada hari ini.

"Sementara esok, semua perkhidmatan akan digantung daripada beroperasi dan ditutup kepada semua kakitangan serta orang awam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Terengganu akan beroperasi seperti biasa bermula 11 Oktober (Ahad).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 12:46 PM