Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Individu yang pulang dari Sabah termasuk selepas menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) digalakkan menjalani ujian saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu bergejala perlu mendapatkan rawatan segera manakala tidak bergejala juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

"Setakat ini, pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah mereka yang kembali dari Sabah kalau mereka bergejala diwajibkan datang ke hospital untuk saringan.

"Tapi mereka tidak bergejala pula kita menggalakkan mereka menjalani ujian Covid-19," katanya ketika sidang media di Putrajaya di sini, tadi.

Ditanya sama ada KKM mungkin menyarankan PRN Sabah ditunda jika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat di negeri itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya memantau rapat dan setakat ini situasi terkawal.

Anggota polis wanita menunjukkan jari mereka yang ditanda dakwat selepas mengundi pada  tinjauan pengundian awal Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sempena PRN Sabah 2020. FOTO ASWADI ALIAS
Anggota polis wanita menunjukkan jari mereka yang ditanda dakwat selepas mengundi pada tinjauan pengundian awal Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sempena PRN Sabah 2020. FOTO ASWADI ALIAS

"Apa yang penting adalah semua pihak mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, jadi kita akan dapat elak penularan wabak itu.

"Jika kita patuh kepada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka kita dapat mengawal penularan sebanyak 856 peratus," katanya.

Beliau berharap kes jangkitan di negeri itu dapat dikawal dengan baik semasa dan selepas PRN.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah


  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 6:59 PM