KERATAN laporan semalam.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan diarahkan memperketat aspek keselamatan di tapak binaan susulan wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan.

Kejadian berlaku di laluan dalam pembinaan, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, berkata, beliau mahu DBKL dan agensi berwajib memperketatkan lagi ciri keselamatan di tapak pembinaan demi kebaikan semua pihak.

"Semak semula peraturan termasuk kenakan kadar denda dan hukuman lebih berat (kepada pihak yang ingkar)," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Hairan Metro semalam melaporkan wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya.

Kejadian pada 4.30 petang itu tular di media sosial apabila satu video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai sebaik insiden yang menyaksikan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung keretanya.

Mangsa cedera di tangan dan menerima rawatan di hospital.

Berita berkaitan

Wanita nyaris maut, konkrit lebuh raya hempap kereta

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 12:52 PM