Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: "Dalam keadaan gelap, sebuah bot datang dengan laju dan merempuh bot yang kami naiki menyebabkan adik saya terjatuh ke sungai, saya pula sempat berlari ke depan bot.

"Ketika itu, adik saya berada di bahagian enjin dan mungkin dia pengsan ketika terjatuh," kata Jaafar Mohamad, 57.

Dalam kejadian pada 10 malam tadi, Zulkifli Mohamad, 52, adik kepada Jaafar dikatakan terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Sigantang Garam, Merbok di sini, ketika mereka dalam perjalanan pulang menangkap ikan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih dilakukan di dua kawasan iaitu di Tanjung Dawai, Yan dan Sigantang Garam.

Menurut Jaafar, mangsa mempunyai pengalaman menangkap ikan sejak tujuh tahun lalu dan pandai berenang.

ROSMINAH disahkan meninggal dunia selepas rebah dalam pesawat dari Istanbul, Turkiye. FOTO Ihsan Hamidah Asararuddin.
ROSMINAH disahkan meninggal dunia selepas rebah dalam pesawat dari Istanbul, Turkiye. FOTO Ihsan Hamidah Asararuddin.

"Saya tak nampak kelibat adik ketika itu dan berpusing-pusing mencari dia di kawasan itu dengan mengemudi bot berkenaan.

"Saya terkilan kerana tak sempat selamatkan adik tetapi berharap dia ditemui segera walaupun arus laut ketika ini agak deras dan usaha mencari adik masih dilakukan oleh pasukan penyelamat," katanya ketika ditemui di rumah adiknya di Sigantang Garam di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kedah Leftenan Maritim Hairil Izhar Noraazmi berkata, operasi SAR sudah berjalan hampir 17 jam sejak semalam.

Menurutnya, ada sedikit kesukaran untuk melakukan pencarian mangsa berikutan keadaan angin dan arus deras.

"Setakat ini, belum ada sebarang petunjuk di lokasi kejadian dan operasi masih dijalankan.

"Selain itu, operasi SAR turut dibantu beberapa bot nelayan tempatan di kawasan berhampiran," katanya.

Berita berkaitan

Nelayan jatuh muara sungai dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 6:19 PM
Anak mangsa, Mohd Haris Zulkifli, 27, menunjukkan gambar bapanya, Zulkifli Mohamad, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari laut malam tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Anak mangsa, Mohd Haris Zulkifli, 27, menunjukkan gambar bapanya, Zulkifli Mohamad, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari laut malam tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli