Bendera-bendera parti politik dikibarkan bagi memeriahkan lagi kehangatan berkempen ketika tinjauan Pilihan Raya Sabah (PRN) di sekitar Jalan Tanjung Aru hari ini. FOTO BERNAMA
Bendera-bendera parti politik dikibarkan bagi memeriahkan lagi kehangatan berkempen ketika tinjauan Pilihan Raya Sabah (PRN) di sekitar Jalan Tanjung Aru hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kota Kinabalu: Perang bendera antara parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 kian meriah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu namun ia seakan-akan baru bermula di daerah lain.

Bendera Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) sudah banyak dipasang di kawasan strategik termasuk bulatan Masjid Bandaraya, bulatan Bandaran, jejambat Jalan Coastal dan jejantas Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Tinjauan mendapati poster calon turut dipasang di kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, bendera parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat masih agak kurang di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu berbanding parti calon lawan.

Di Tawau, jentera parti bertanding sudah mula memasang poster dan bendera masing-masing di beberapa lokasi strategik termasuk pusat bandar namun masih dalam jumlah terhad.

Bagaimanapun, belum ada bahan kempen seperti iklan gergasi dipasang di lokasi strategik di Tawau.

Di Sandakan, bendera parti seperti LDP sudah dikibar di kawasan Batu Sapi manakala bendera Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Barisan Nasional (BN) dan Warisan mula dipasang di Libaran.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 7:45 PM