BOT nelayan warga asing yang yang cuba menceroboh perairan negara. FOTO Ihsan TLDM.
BOT nelayan warga asing yang yang cuba menceroboh perairan negara. FOTO Ihsan TLDM.
Nurul Hidayah Bahaudin


KAPAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Mahawangsa mengusir sebuah bot nelayan asing yang cuba menceroboh perairan negara di sempadan Malaysia-Thailand 33 batu nautika Barat Laut Pulau Perak menerusi Operasi Benteng.

Markas Wilayah Laut 3 dalam kenyataan hari ini memaklumkan, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat empat kru warga asing termasuk tekong di dalam bot berkenaan

"Tiada sebarang barang terlarang dan pendatang asing tanpa izin (Pati) di dalam bot terbabit," katanya.

Menurut kenyataan, aset TLDM ditugaskan bagi membuat rondaan di kawasan sempadan perairan negara sepanjang masa.

"Masyarakat juga tidak perlu bimbang kerana barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysian (ATM) termasuk TLDM sentiasa melaksanakan tugas dan berada di dalam tahap kesiagaan tertinggi bagi membendung kemasukan Pati ke perairan Malaysia.

"TLDM akan terus berjuang demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 9:13 AM