ANTARA kedai runcit warga asing di sekitar Kampung Chubadak yang dikompaun. FOTO IHSAN DBKL
ANTARA kedai runcit warga asing di sekitar Kampung Chubadak yang dikompaun. FOTO IHSAN DBKL
Yusmizal Dolah Aling


TIGA kedai runcit warga asing di sekitar Kampung Chubadak, di Sentul dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana melanggar peraturan hari ini.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan tindakan berasaskan aduan awam yang diterima melalui Pusat Panggilan Setempat.

Katanya, petugas mengambil tindakan dengan memberikan notis kompaun dan penutupan tiga kedai runcit yang dikendalikan warga asing di kawasan itu.

"Kita kenakan tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing dalam aktiviti perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Jika ada maklumat mengenai warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran, sila salurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 4:34 PM