ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta dipandu Lim Poo Yong yang terbakar dalam kemalangan lima kenderaan malam tadi. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta dipandu Lim Poo Yong yang terbakar dalam kemalangan lima kenderaan malam tadi. FOTO Ihsan Bomba.
Ahmad Ismail


KELUARGA seorang daripada mangsa rentung dalam kemalangan lima kenderaan di Jalan Genuang-Tenang dekat Kampung Melayu Raya, Segamat malam tadi, tidak percaya anak mereka terbabit dalam kejadian itu.

Bapa mangsa, Lim Kwong Jong, 61, berkata, maklumat mengenai kejadian itu mula tular dalam WhatsApp rakan di Segamat, malam tadi.

"Kami sekeluarga tidak percaya anak, Lim Poo Yong, antara tiga yang rentung dalam kemalangan itu.

"Kami hanya mengetahuinya selepas anggota polis datang ke rumah meminta pengesahan pada jam 12 tengah malam," katanya sayu ketika ditemui di kediamannya di Jalan Pee Kang Hai, Segamat, hari ini.

Turut rentung dalam kejadian pada 10.47 malam itu, pasangan suami isteri, Nor Aini Mohd Zeke, 19, dan Syed Khairul Anuar Syed Sabtu, 41.

Lim berkata, anaknya yang juga seorang kontraktor keluar dari rumah untuk bertemu rakan atas urusan kerja di Labis, pada 5 petang semalam.

"Dia sempat meminta keluarga menyimpan lauk ayam untuk dimakannya selepas pulang dari Bandar Labis. Namun hajatnya tidak kesampaian." katanya.

Berita berkaitan

Kek coklat hidangan terakhir untuk keluarga

Tiga rentung dalam kemalangan lima kenderaan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 4:23 PM