PENSYARAH yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai dijerut suami sendiri menggunakan tudung. FOTO Ihsan Pembaca.
PENSYARAH yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai dijerut suami sendiri menggunakan tudung. FOTO Ihsan Pembaca.
Ruwaida Md Zain


BEKAS suami kepada pensyarah yang ditemui mati di dalam kereta berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, akan didakwa ke Mahkamah Majistret Sepang esok atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan berkaitan kes terbabit sudah selesai

"Arahan untuk mendakwa sudah dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor hari ini.

"Suspek yang juga sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) berusia 41 tahun adalah bekas suami (dalam proses daftar perceraian) kepada si mati. Dia akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang esok (Selasa) pada 9 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Julai lalu, pensyarah yang juga kakitangan Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman ditemui meninggal dunia di dalam kereta akibat dijerut dengan tudung.

Dia ditemui di dalam kereta di tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang.

Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek yang tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan pengesahan perceraian menyebabkannya tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung.

b>Berita berkaitan

Teman wanita suspek kes bunuh pensyarah akan diambil keterangan

Telefon bimbit pensyarah belum ditemui

Anak mangsa bunuh stabil

Tempahan e-hailing bongkar pembunuhan pensyarah

Selam cari telefon bimbit pensyarah dibunuh

Kes bunuh pensyarah: Suami dipercayai curang

Cari isteri hanya lakonan suami

Anak mangsa luah rindu

Bunuh isteri guna tudung

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2020 @ 2:57 PM