Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tengah) menunjukkan surat perkenan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN Sabah pada sidang media khas di Kota Kinabalu semalam. FOTO Yun Mikail

BERNAMA

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) sudah menerima pemakluman rasmi dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15, kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak.

Beliau berkata, berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

"Justeru itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 11:18 AM