Lelaki yang cuba terjun bangunan di Taiping malam tadi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto Ihsan JBPM
Lelaki yang cuba terjun bangunan di Taiping malam tadi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto Ihsan JBPM
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan di Taiping malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.15 malam sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas ke lokasi.

Menurutnya, bomba mengambil masa 15 minit bagi memujuk lelaki berusia 21 tahun berkenaan.

"Lelaki berkenaan berjaya dipujuk anggota bomba dan dibawa turun sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, tiada penggunaan sebarang jentera atau logistik dalam usaha membawa turun lelaki itu," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 12:03 AM