GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Baharom Bakar


PENUNTUT ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) akan menerima wang saku untuk perbelanjaan makan dan minum.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pengagihan wang saku itu akan dilakukan secara berperingkat membabitkan seluruh penuntut di daerah Hulu Terengganu.

"Wang saku disalurkan secara tunai itu diperkenalkan bagi meringankan bebanan penuntut ketika dalam perjalanan untuk melaporkan diri bagi kemasukan di UA.

"Semua penuntut ditawarkan melanjutkan pengajian ke UA sudah menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk bantuan awal Yayasan Terengganu (YT)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengagihan bantuan wang saku kepada 40 penuntut yang dijangka melaporkan diri ke UA pada Ogos depan.

Pada majlis itu, setiap penuntut menerima wang tunai antara RM150 dan RM250 seorang membabitkan peruntukan keseluruhan RM5,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 8:16 PM