KEADAAN rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
Ruwaida Md Zain


SEORANG individu ditemui rentung selepas sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Saga, Seksyen 26 di Shah Alam, terbakar hari ini.

Pada kejadian itu, seorang daripada penghuninya terselamat, manakala seorang lagi masih hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan panggilan kecemasan 4.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang rentung ditemui di hadapan bilik air pada jam 5.30 pagi.

"Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

"Bomba juga masih meneruskan pencarian mangsa ketiga pada ketika ini," katanya hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 5 pagi dan kerja-kerja pemadaman selanjutnya masih giat dijalankan.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 8:33 AM