KEADAAN rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
KEADAAN rumah yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kanowit: Satu mayat ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di KM 5, Jalan Kanowit di sini, awal pagi tadi.

Mayat rentung dari kepala hingga pinggang itu ditemui anggota bomba sejurus tamat operasi memadamkan kebakaran pada 1.50 pagi.

Menurut jurucakap bomba, identiti mangsa masih belum diketahui.

Katanya, kebakaran membabitkan dua buah rumah yang terbakar 90 peratus.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.56 malam dengan satu jentera bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit bergegas ke lokasi kejadian.

"Api berjaya dipadamkan pada 1.50 pagi. Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 9:04 AM