SESI perbahasan di Parlimen.
SESI perbahasan di Parlimen.
Maiamalina Mohamed Amin dan Yusmizal Dolah Aling


PERBAHASAN sesi petang di Dewan Rakyat hari ini gamat dengan isu kerajaan 'tebuk atap', 'pintu belakang' yang disebut Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Keadaan itu menyebabkan beliau diasak ahli parlimen dari blok kerajaan yang membantah tindakan berkenaan sengaja mencetuskan provokasi.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memulakan perbahasan Titah Diraja dengan melabel Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan tidak mendapat mandat rakyat.

Beberapa ahli Parlimen PN antaranya Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau), Datuk Salim Sharif (BN- Jempol), Datuk Jalaluddin Alias (BN - Jelebu), Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) dan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub (BN- Machang) bangun mencelah.

Hanipa: Untuk kali ini saya terpaksa minta maaf kepada rakan di sebelah sana kerajaan pintu belakang atau tebuk atap

Salim: Hey, mana ada pintu belakanglah, pintu istana

Hanipa: Tak apalah itu you punya nama, saya punya nama, kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Kita berbeza pendapatlah, tak ada masalahlah. Bukan saya bagi nama, YB Marang yang bagi nama.

Kemudiannya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bangun mencelah menyokong Hanipa

Khalid: Mana-mana kerajaan pun kena pergi istana. Masuk pintu belakang kena pergi istana, yang tebuk atap kena pergi istana, masuk pintu depan pun kena pergi istana.

Shahidan: Sepang, kerajaan PH tumbang bukan kerana pengkhianat, tapi kerana Bersatu keluar, tumbanglah kerajaan. Ini bukan tebuk atap, kamu yang tebuk lubang kamu sendiri.

Hanipa: Bahasa yang lebih tepat lagi ialah kerajaan pengkhianat

Shahidan: Bukan kerajaan yang ingin ditebuk, tapi PH tebuk sendiri

Selepas itu berlaku lagi pertikaman lidah berhubung isu berkenaan dengan Jalaluddin meminta mencelah.

Hanipa: Saya bagi kepada Kinabatangan saja.

Jalaluddin: Kinabatangan...ini Jelebu

Hanipa: Jelebu tidak ada standard, minta maaf, turun

Jalaluddin: Sebab Sepang standard, sebab itu rupa dia

Selepas itu siri serangan berterusan dan Hanipa mengajak Jalaluddin berdebat di RTM.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 4:32 PM