GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
BERNAMA

JUMLAH mangsa banjir kilat di Lipis, meningkat hari ini apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, PPS Dewan Belora Aur Gading yang dibuka 2 petang semalam, kini menempatkan 32 mangsa daripada 36 keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah dihuni 268 mangsa daripada 68 keluarga.

"Air di Kampung Aur Gading mulai naik selepas hujan berterusan beberapa jam pada sebelah pagi semalam, namun keadaan air dilihat beransur surut hari ini. Keadaan sama dilaporkan di Kampung Chegar Perah.

"Setakat ini, jalan ke SK Aur Gading ditutup kepada pengguna jalan raya kerana dinaiki air," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azli berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan kecederaan atau kehilangan nyawa disebabkan bencana itu.

Banjir kilat berlaku akibat hujan lebat yang berterusan selama hampir sembilan jam pada Isnin lalu menyebabkan paras air Sungai Relau meningkat dan melimpah ke kawasan berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2020 @ 3:31 PM