MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) mengadakan lawatan rasmi buat pertama kali ke UDA Holdings Berhad (UDA), hari ini.
MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) mengadakan lawatan rasmi buat pertama kali ke UDA Holdings Berhad (UDA), hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan lawatan rasmi buat pertama kali ke UDA Holdings Berhad (UDA), hari ini.

Wan Junaidi berkata, UDA yang juga antara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sentiasa memastikan fungsi dan peranannya adalah seiring dengan hasrat kementerian menjadikan keusahawanan sebagai satu agenda utama negara.

"Selain itu, UDA juga berperanan mewujudkan ekosistem keusahawanan holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara yang inklusif, seimbang dan mampan.

"Semoga UDA terus utuh dalam menyumbang ke arah pembangunan negara

dengan memajukan urbanisasi di seluruh negara," katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, UDA sudah membentuk dan memodenkan Lembah Klang, Wilayah Utara, Selatan dan Timur tanah air selama lebih empat dekad yang bermula pada 1971.

"Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings, Mohd Salem Kailany Berhad menyampaikan taklimat berkenaan UDA semasa sesi lawatan saya itu.

"Turut hadir bersama saya ialah Timbalan Menteri MEDAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Setiausaha MEDAC Datuk Seri Mohammad Mentek, Pengerusi UDA Holdings Datuk Jalaluddin Alias serta pegawai kanan MEDAC," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 8:14 PM