SERBUAAN penguat kuasa DBKL di premis cuci kereta kendalian lelaki Myanmar, hari ini. FOTO Ihsan DBKL.
SERBUAAN penguat kuasa DBKL di premis cuci kereta kendalian lelaki Myanmar, hari ini. FOTO Ihsan DBKL.
Muhaamad Hafis Nawawi


PREMIS cuci kereta di Kampung Bandar Dalam, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini didapati diurus dan dikendalikan tiga lelaki Myanmar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan dan melakukan serbuan selepas maklumat awam pada 9.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu dikendalikan tiga warga Myanmar yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

"Tindakan sita dan penutupan premis terbabit dilakukan mengikut Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 5:34 PM