Keadaan aliran trafik di plaza tol Gombak berjalan lancar. FOTO Fathil Asri
Keadaan aliran trafik di plaza tol Gombak berjalan lancar. FOTO Fathil Asri
BERNAMA

ALIRAN trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tiada kesesakan dilaporkan biarpun masuk hari keempat perjalanan rentas negeri dibenarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan ketika ini.

"Semuanya lancar, tiada kesesakan di mana-mana tempat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, wartawan Bernama turut menyertai Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia melakukan pemantauan udara susulan pengumuman tiada lagi halangan pergerakan semasa tempoh PKPP.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar bandar raya dan lebuh raya utama sejak pagi tadi mendapati tiada kesesakan di jalan keluar termasuk di plaza tol.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 12:22 AM