KEADAAN trafik kedua-dua arah di Lebuhraya Persekutuan berhampiran tapak tol Sg Rasau, Shah Alam, kenderaan bertambah berikutan bermula berkerja hari ini selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dan perkerjaan dibenarkan beroperasi sepertia biasa dengan mamatuhi  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mencegah susulan penularan wabak COVID-1. FOTO Muhd Asyraf Sawal
KEADAAN trafik kedua-dua arah di Lebuhraya Persekutuan berhampiran tapak tol Sg Rasau, Shah Alam, kenderaan bertambah berikutan bermula berkerja hari ini selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dan perkerjaan dibenarkan beroperasi sepertia biasa dengan mamatuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mencegah susulan penularan wabak COVID-1. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Nurul Hidayah Bahaudin


ALIRAN trafik di kebanyakan lokasi di seluruh negara dilaporkan lancar tanpa ada kesesakan luar biasa walaupun terdapat pertambahan ketara jumlah kenderaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya membuat tinjauan di beberapa lokasi tumpuan pada waktu puncak bagi memantau situasi semasa.

"Berdasarkan pemantauan dilakukan termasuk tinjauan udara pada waktu puncak iaitu sekitar jam 7 hingga 10 pagi tadi, kami mendapati aliran trafik lancar dan tiada kesesakan luar biasa dilaporkan.

"Di semua lokasi aliran trafik didapati agak baik memandangkan sesetengah kawasan terdapat penutupan sekatan jalan raya (SJR) yang melancarkan lalu lintas," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Azisman berkata, tujuh sekatan jalan raya di beberapa lebuh raya di seluruh Semenanjung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini masih beroperasi.

"Tujuh SJR membabitkan dua di zon utara, satu di zon selatan, dua di zon timur serta dua di zon tengah itu masih beroperasi namun kaedah penugasan diubah suai mengikut situasi semasa.

"Jika sebelum ini, pemeriksaan dilakukan adalah secara rapi tetapi dalam fasa PKPB ini, anggota bertugas akan melakukan pemantauan serta penguatkuasaan bagi kesalahan lain termasuk kesalahan sama.

"Bagaimanapun, anggota bertugas boleh melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap kenderaan seperti bas bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan termasuk penjarakan sosial," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menggunakan budi bicara mengatur perjalanan mereka bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

"Masih ada dalam kalangan masyarakat yang silap membuat tafsiran dan menganggap PKP tidak lagi berkuat kuasa. Orang ramai perlu ingat bahawa ada peraturan yang wajib diikuti.

"Justeru, saya menasihatkan kepada orang ramai yang tidak mempunyai keperluan untuk keluar supaya terus kekal berada di rumah dan memberi keutamaan mereka berkhidmat di sektor penting untuk keluar pada waktu puncak bagi mengelak pertembungan mengakibatkan kesesakan lalu lintas," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2020 @ 3:34 PM