ABDUL Razib (tiga dari kiri) ditemui di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, bagi membuat laporan terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas peguam negara, Tommy Thomas berkaitan pembatalan pembekuan akaun bank milik seorang taikun hartanah. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
ABDUL Razib (tiga dari kiri) ditemui di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini, bagi membuat laporan terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas peguam negara, Tommy Thomas berkaitan pembatalan pembekuan akaun bank milik seorang taikun hartanah. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Zuhainy Zulkiffli


PAS Pulau Pinang membuat laporan terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas peguam negara, Tommy Thomas berkaitan pembatalan pembekuan akaun bank milik seorang taikun hartanah (Tan Sri Lim Soon Peng) di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Razib Abdul Rahim berkata, ia berikutan dipercayai kedua-dua individu itu didakwa menggunakan jawatan masing-masing supaya pembekuan akaun taikun hartanah yang sedang disiasat itu dibatalkan.

Katanya, dia percaya Guan Eng mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, menggunakan jawatan, kedudukan dan pengaruh beliau menyebabkan bekas peguam negara, Tommy Thomas mengeluarkan arahan kepada SPRM bagi melepaskan semua akaun milik taikun terbabit.

"Begitu juga Thomas, saya percaya dia mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, menggunakan jawatan, kedudukan dan pengaruhnya menyebabkan SPRM melepaskan akaun milik Soon Peng walaupun sudah diberitahu oleh pegawai SPRM bahawa wang RM4 juta masih gagal dipulangkan kepada kerajaan.

"Sehubungan itu, SPRM juga diminta melihat semula surat yang dipercayai ditulis Thomas, yang didakwa melepaskan akaun itu atas permintaan Guan Eng," katanya kepada media di perkarangan SPRM, Jalan Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Abdul Razib juga meminta SPRM menjalankan siasatan dan tindakan terhadap Guan Eng dan Tommy di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (694) atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, Abdul Razib mendakwa melihat surat Thomas kepada Guan Eng di laman web suara.tv dan akaun Facebook 'Peniup Wisel Siber' pada 2 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2020 @ 3:12 PM