ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan rondaan di sekitar Pantai Teluk Cempedak. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan rondaan di sekitar Pantai Teluk Cempedak. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG
Shamran Sarahan dan Raja Noraina Raja Rahim


PEMAIN industri pelancongan yang terjejas teruk berikutan penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh menarik nafas lega selepas dibenarkan operasi bermula 10 Jun ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran itu diberikan untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, ia selaras fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada sekatan rentas negeri.

"Jadi bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu selepas hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.

"Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara masih ditutup," katanya.

Beliau berkata demikian pada Perutusan Khas Perdana Menteri disiarkan secara langsung di semua rangkaian televisyen hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 3:45 PM