GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Norzamira Che Noh


LAPAN daerah di Selangor kini berada zon kuning Covid-19 selepas Petaling yang sebelum ini berada di zon merah merekodkan penurunan kes aktif, semalam.

Petaling sebelum ini menjadi satu-satunya daerah zon merah merekodkan 29 kes aktif semalam, berbanding 50 pada Isnin dan secara keseluruhan, daerah itu mencatatkan 420 kes.

Mengikut data yang dikongsi Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di Facebook, dua mukim iaitu Hulu Bernam dan Hulu Yam di daerah Hulu Selangor juga bebas daripada kes aktif.

Mukim berstatus zon hijau meningkat kepada 32 daerah manakala di peringkat daerah, Kuala Langat kekal menjadi satu-satunya daerah yang berada dalam zon hijau.

"Kini Selangor sudah bebas daripada daerah zon merah. Tahniah semua warga Selangor yang berdisiplin.

"Warga Selangor dilarang merentas negeri untuk beraya di kampung. Beraya di rumah sendiri lebih selamat bagi orang tua serta komuniti anda.

"Gunakan teknologi yang ada untuk berhubung ketika raya nanti. Manfaatkan teknologi untuk eratkan silaturahim keluarga," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 8:13 AM