MOHD Azhar (kanan) dan Azman membakar lemang di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
MOHD Azhar (kanan) dan Azman membakar lemang di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar


"PADA mulanya kami fikir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menyebabkan perniagaan lemang terbantut, namun Allah murahkan rezeki kami sepanjang PKP ini.

"Hasil daripada anjakan kaedah perniagaan daripada perniagaan konvensional kepada dalam talian, kami menerima tempahan amat mengujakan sepanjang PKP dan Ramadan kali ini," kata Mohd Azhar Kamarulzaman, 32.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia dan sepupunya, Azman Md Nasir, 32, terpaksa menghentikan pembakaran dan penjualan lemang di tepi jalan di laluan Masjid Tanah-Sungai Udang di Hutan Simpan Sungai Udang dekat Alor Gajah.

Bagaimanapun, mereka tidak berputus asa untuk mencuba mencari rezeki dengan mengiklankan lemang itu di Facebook (FB) dan WhatsApp bagi mendapatkan pelanggan.

Pertama kali mengiklankan di FB, Mohd Azhar terkejut kerana sambutan diberikan pelanggan amat menggalakkan hingga menyebabkan lemang disediakan gagal memenuhi permintaan.

"Saya jangka mampu menjual antara 10 hingga 20 batang lemang berharga antara RM10 hingga RM15 sebatang, tetapi menerima tempahan 30 batang lemang sehari dan hanya mampu menyediakan maksimum 20 batang.

"Sehubungan itu, kami terpaksa menebang lebih banyak buluh untuk memenuhi permintaan amat menceriakan itu dan selain menjual lemang, kami turut menjual petai," katanya ketika ," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah, Alor Gajah, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 9:37 PM