TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO NSTP
TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO NSTP
Yusmizal Dolah Aling


MANA-MANA wakil rakyat boleh membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdula keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dibawa Tun Dr Mahathir Mohamad itu adalah tepat.

Katanya, sama ada ia sempat dibawa atau tidak pada persidangan nanti bergantung kepada keadaan kerana tempoh persidangan yang singkat iaitu selama satu hari seperti mana diputuskan sebelum ini.

"Kita ada perbahasan Titah Diraja dan pembentangan ekonomi pada hari itu, ada kemungkinan isu usul tidak percaya ini akan dibawa pada sidang berikutnya pada bulan Julai nanti," katanya.

Menurutnya, usul berkenaan adalah penting kerana ia sudah pun bermula sejak 1 Mac lalu.

Katanya, keputusan untuk mengadakan persidangan selama satu hari dibuat sebelum kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei.

"Ketika itu alasan digunakan adalah berikutan pandemik Covid-19, tapi dengan perkembangan terkini kerajaan persekutuan sendiri melonggarkan PKP ini.

"Sepatutnya speaker merujuk balik arahan itu dan mengeluarkan arahan baru, kerana arahan sebelum ini tidak wujud.

"Saya cadangkan agar sidang ini diadakan selama dua minggu bagi membolehkan pelbagai usul dibahas kerana persidangan dewan rakyat adalah penting sebagai satu cabang perlembagaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2020 @ 5:40 PM