BANGUNAN ikonik sekitar Kuala Lumpur dilimpahi lampu biru sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
BANGUNAN ikonik sekitar Kuala Lumpur dilimpahi lampu biru sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Redzuan Muharam


BEBERAPA lokasi dan bangunan ikonik di Kuala Lumpur dinyalakan dengan lampu berwarna biru tertera ucapan penghargaan sebagai tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Covid-19.

Perlaksanaan program Light It Blue itu mencetuskan panorama menarik ibu negara walaupun kawasan itu kini sepi tanpa orang ramai.

Simbolik penghargaan itu dapat dilihat di Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tun Razak Exchange (TRX), Bangunan MRCB dan jambatan pejalan kaki Pintasan (Saloma Link).

Selain itu, River of Life, Bangunan Menara 1 dan Menara 3 DBKL turut menyalakan lampu neon berwarna biru itu sebagai tanda sokongan.

TANDA penghargaan daripada DBKL. FOTO Ihsan DBKL
TANDA penghargaan daripada DBKL. FOTO Ihsan DBKL

Pemandangan menarik di Saloma Link. FOTO Ihsan DBL
Pemandangan menarik di Saloma Link. FOTO Ihsan DBL

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2020 @ 12:55 AM