Nurul Hidayah Bahaudin

ALIRAN trafik di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dalam keadaan terkawal dengan jumlah kenderaan dilihat sedikit berkurangan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Jalan Cheras menghala ke pusat bandar, Kuala Lumpur mendapati aliran trafik lancar dengan jumlah kenderaan sedikit berkurangan.

Malah, tinjauan bermula 8 pagi hingga 10 pagi di lokasi berkenaan mendapati hanya terdapat beberapa kenderaan perdagangan melalui laluan berkenaan.

Tinjauan di SJR di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Batu 11, di sini, pula mendapati aliran trafik lancar dengan pembukaan laluan khas bagi kenderaan membabitkan perkhidmatan penting.

Laluan khas berkenaan di lokasi itu hanya boleh dilalui kenderaan membabitkan barisan hadapan, perkhidmatan penting dan kenderaan berat.

Pada masa sama, terdapat dua laluan boleh dilalui orang awam di lokasi itu bagi melalui pemeriksaan pihak polis.

KETUA Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin (kiri) bersama Skuad Jammed meninjau keadaan lalulintas di LDP Puchong pada Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) Fasa Ketiga sehingga 28hb April 2020. FOTO Saifullizan Tamadi

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2020 @ 1:11 PM