MICHEAL (tiga dari kiri) ketika menyerahkan ubat-ubatan bernilai RM3,000. FOTO NSTP
MICHEAL (tiga dari kiri) ketika menyerahkan ubat-ubatan bernilai RM3,000. FOTO NSTP
Omar Ahmad


KEBIMBANGAN petugas barisan hadapan, terutama petugas kesihatan, dalam membantu merawat pesakit Covid-19 di negeri ini, sedikit berkurangan melalui sumbangan ubat-ubatan bernilai RM3,000.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon yang juga bekas Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) berkata, pihaknya atas nasihat doktor bertauliah menyumbang Paracetamol dan Azithromycin 250 mg.

Katanya, ubat-ubatan ini dibeli daripada farmasi swasta bagi menyokong keperluan petugas kesihatan ketika ini.

“Ubatan ini telah diserahkan untuk kegunaan di Hospital Permai dan juga Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang yang merawat pesakit Covid-19.

“Pihak kami sentiasa berhubung dengan Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu bagi mengetahui dan membantu segala keperluan yang diperlukan petugas kesihatan.

“Sebanyak 250 baju perlindungan diri (PPE) juga akan disumbang, kita sedang menunggu PPE dari China,” katanya ditemui selepas penyerahan sumbangan ubatan di Hospital Permai di sini, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 6:02 PM