BUAH-buahan potong yang diserahkan kepada petugas. FOTO Ihsan  Ting Tai Fook.
BUAH-buahan potong yang diserahkan kepada petugas. FOTO Ihsan Ting Tai Fook.
Noor Hidayah Tanzizi


PENGUSAHA ladang tampil menghulurkan sumbangan buah-buahan dan sayuran kepada petugas di sekitar Manjung bagi menghargai pengorbanan mereka ketika berdepan wabak Covid-19.

Wakilnya, Ting Tai Fook, 36, berkata, inisiatif itu dilakukan bersama 14 pengusaha bersama melalui Manjung Naluri Sdn Bhd yang menyediakan lebih 570 kilogram (kg) nanas, betik dan pisang serta 70 kg bendi.

Menurutnya, sumbangan itu diagihkan kepada petugas di Hospital Seri Manjung, Klinik Kesihatan Sitiawan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung.

“Semua petugas memerlukan pemakanan yang seimbang khususnya sayur dan buah-buahan, jadi sumbangan ini akan diberikan kepada mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kita juga mengambil inisiatif khas membungkus buah-buahan yang sudah dipotong untuk memudahkan petugas hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, inisiatif itu juga dapat membantu petugas yang mempunyai kekangan masa untuk mendapatkan bekalan sayur dan buah-buahan dalam situasi getir ketika ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 10:40 AM