DR Muhammad Shamsir (tiga kiri) ketika menerima sumbangan buah-buahan tempatan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir. FOTO Facebook USIM
DR Muhammad Shamsir (tiga kiri) ketika menerima sumbangan buah-buahan tempatan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir. FOTO Facebook USIM
Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan memberi sumbangan buah-buahan tempatan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir berkata, sumbangan itu bertujuan memastikan petugas diberikan makanan berkhasiat khususnya buah-buahan tempatan.

Katanya sebanyak 300 pek nangka madu dan 70 sisir pisang berangan diserahkan kepada petugas di PPV berkenaan.

"Kami mahu petugas turut menikmati buah-buahan tempatan yang berkhasiat sekaligus membolehkan mereka menjalankan tugas dalam keadaan baik.

"Ia juga sebagai penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya tadi.

Sumbangan buah-buahan itu diserahkan Bakri kepada Penyelaras PPV IPT Mega USIM, Profesor Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu adalah Pengarah FAMA Negeri Sembilan Asmizal Jaafar.

Bakri berkata terdapat seramai 80 petugas dari USIM, 35 sukarelawan, 40 petugas Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 ( CITF ) dan petugas keselamatan seramai 30 orang bertugas di PPV IPT Mega USIM ketika ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 6:55 PM