HOSPITAL MIRI.
HOSPITAL MIRI.
Mohd Roji Kawi


SARAWAK mencatatkan lapan lagi kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan wabak itu sebanyak 76 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tujuh kes baharu itu dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes di Hospital Miri.

Sebanyak 44 kes baharu individu dalam siasatan (PUI) jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 795 kes.

Beliau berkata, JPBN turut menggesa hospital swasta yang mendapati seseorang pesakit yang disyaki menghidap penyakit Covid-19 hendaklah menghantarnya ke mana-mana empat hospital khas wabak itu di Sarawak iaitu HUS, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

Langkah itu perlu berikutan seorang pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2 pagi, 18 Mac lalu, namun kematian wanita berusia 79 tahun itu lewat dilaporkan kerana hospital swasta yang merawatnya menunggu keputusan ujian makmal swasta di Kuala Lumpur.

Selain itu, JPBN memaklumkan tempat saringan Covid-19 di HUS dipindahkan ke Kompleks Belia dan Sukan di sini.

Tempat saringan itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama kepada seseorang yang tidak mempunyai tanda-tanda tetapi mempunyai kontak rapat dan bahagian kedua adalah untuk mereka yang mempunyai kontak rapat dan dan bahagian kedua adalah untuk mereka yang mempunyai kotak rapat dan mempunyai tanda-tanda seperti deman, batuk dan kesukaran bernafas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 6:41 PM