AHMAD Samsuri (tengah) bersama isteri,  Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman ketika melakukan lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
AHMAD Samsuri (tengah) bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman ketika melakukan lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
Zatul Iffah Zolkiply

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terkilan selepas mendapati ada lagi rakyat masih berkumpul di kedai makan di sekitar Kuala Terengganu dan Marang walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah berula hari ini.

Beliau mendakwa melihat segelintir pelanggan masih menjamu selera di beberapa premis makanan pada sebelah pagi walaupun arahan hanya membenarkan pelanggan membeli dan membawa makanan pulang ke rumah.

“Saya merayu penduduk Terengganu mengambil cakna mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang turut melarang mana-mana individu berkumpul serta makan di premis kedai makan.

“Pihak kedai makan, semua ada peranan masing-masing, hanya sediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja.

“Beli dan tidak dihidangkan di situ kerana bila duduk di situ, macam-macam boleh berlaku,” katanya ketika melakukan lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu hari ini.

Terdahulu kehadiran Ahmad Samsuri di HSNZ disambut serta diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.

Sebelum ini, tular di Facebook beberapa gambar orang ramai sedang berkumpul di medan selera di Pasar Kedai Payang 2 (PKP2) hari ini.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 2:43 PM