MAYAT mangsa. FOTO Ihsan Bomba
MAYAT mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Amanina Suhaini


LELAKI hilang ketika memancing bersama rakannya di tepian sungai berhampiran Jeti Lenga, di Muar, ditemui lemas, pagi ini.

Pemangku Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Riduan berkata, mayat, Mohd Ridhuan Idrus, 47, ditemui kira-kira 500 meter dari jeti, jam 7.50 pagi.

“Abang mangsa sudah membuat pengecaman dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Muar.

Sehubungan itu katanya, operasi pencarian ditamatkan 8.25 pagi.

Sebelum ini, Mohd Ridhuan dilaporkan hilang di tepian sungai berhampiran Jeti Lenga, kira-kira 8 malam kelmarin.

Berita berkaitan

Tetap tunggu suami di jeti

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 9:00 AM