BAHAGIAN kilang yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
BAHAGIAN kilang yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba
Zuhainy Zulkiffli


SEBUAH kilang memproses bihun dan mi di Lahar Kepar, dekat Kepala Batas,

terbakar lagi, pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan kecemasan pada 2.53 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, BBP Bertam dan BBP Perai digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Ketika anggota tiba, didapati kebakaran membabitkan bahagian stor kilang berkenaan.

“Kebakaran kilang jenis B itu membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus,” katanya.

Pada 1 Mac lalu, sebahagian bangunan kilang itu dilaporkan terbakar pada 3.45 pagi dan api berjaya dipadamkan pada 12.23 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 9:21 AM