Raja Noraina Raja Rahim dan Faliqah Alia Radin Mohd


BEBERAPA kenderaan rasmi dilihat meninggalkan Istana Negara mulai 1.02 tengah hari tadi.

Kenderaan rasmi dari Istana Terengganu dipercayai membawa Sultan Mizan Zainal Abidin antara terawal dilihat keluar melalui pintu utama.

Ia disusuli pergerakan keluar kenderaan rasmi Istana Johor, Perlis dan Kedah.

Terdahulu, mesyuarat khas bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diadakan dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa negara.

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah.
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah.

Ia selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menarik diri daripada pakatan itu.

Susulan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh sebelum Yang di-Pertuan Agong melantiknya semula sebagai Perdana Menteri interim.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 1:59 PM