Foto fail menunjukkan pelajar cemerlang STPM 2019. FOTO Arkib NSTP
Foto fail menunjukkan pelajar cemerlang STPM 2019. FOTO Arkib NSTP
Nor Azizah Mokhtar


KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

BH Online melaporkan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, memaklumkan bahawa calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari.

Calon persendirian pula akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888.

Mereka juga boleh membuat semakan secara dalam talian dengan melayari portal MPM di alamat http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Seramai 44,823 calon hadir menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 44,501 atau 99.28 peratus orang adalah calon sekolah kerajaan, 167 (0.37 peratus) calon sekolah swasta, 128 (0.29 peratus) calon persendirian individu, dan 27 (0.06 peratus) calon sekolah kerajaan negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 4:03 PM