Gambar hiasan
Gambar hiasan
Suhaila Shahrul Annuar


KEPUTUSAN Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 akan dikeluarkan 11 Mac ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh itu mulai jam 12 tengah hari.

“Bagi calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Selain itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia, http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah pada tarikh berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada peperiksaan STPM 2018, 42,849 calon hadir menduduki peperiksaan itu di 677 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 42,476 (99.13 peratus) adalah calon sekolah kerajaan, 162 (0.38 peratus) calon sekolah swasta, 195 (0.45 peratus) calon persendirian individu dan 16 (0.04 peratus) calon sekolah kerajaan negeri,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 12:23 PM