KAWASAN pencarian di perairan bandar Sandakan diperluaskan dalam operasi SAR hari ini. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
KAWASAN pencarian di perairan bandar Sandakan diperluaskan dalam operasi SAR hari ini. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang hilang dalam kejadian bot karam di perairan bandar Sandakan, semalam disambung semula 7 pagi, hari ini.

Jurucakap Agensi Pasukan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan berkata, hari ini kawasan pencarian operasi SAR bagi Koperal Asman Ongkal, 40, diperluaskan.

“SAR dijalankan dengan memfokuskan keluasan 49 batu nautika persegi di perairan berhadapan Bandar Sandakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian 6.20 pagi semalam, bot dinaiki 37 individu termasuk 28 pelajar dalam perjalanan dari Kampung Tanjung Aru menuju ke Jeti Pasar Umum Sandakan karam selepas berlanggar dengan bot sedang ditunda.

Asman dilaporkan sempat membantu menyelamatkan beberapa penumpang sebelum hilang.

Operasi SAR semalam ditangguhkan pada 6 petang susulan keadaan gelap.

Berita berkaitan

Moga jumpa Koperal Asman

Asman sempat selamat mangsa lain

Bot karam: Anggota PGA hilang

34 selamat, seorang dilaporkan hilang

Sembilan selamat, seorang hilang

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 11:21 AM