Ruben Samuel Onsu bersama juadah hidangan.
Ruben Samuel Onsu bersama juadah hidangan.

SELEPAS lebih 130 cawangan beroperasi di seluruh Indonesia, restoran Ayam Geprek Bensu milik selebriti terkenal Indonesia, Ruben Samuel Onsu, 37, akhirnya dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur.

Hos dan pelawak popular itu memilih lokasi di Bukit Bintang sebagai lokasi di Kuala Lumpur kerana merasakan kawasan itu sangat strategik mengembangkan perniagaan di sini.

“Sudah lama saya melihat peluang untuk buka perniagaan Geprek Bensu selepas mendapat banyak permintaan daripada peminat di sini.

Buat permulaan, saya buka di tengah-tengah Kuala Lumpur kerana lokasinya yang strategik selain menjadi tumpuan pelancong.

“Saya mahu kembangkan lagi perniagaan ini dengan membuka beberapa lagi cawangan di sini selain meneroka pasaran di negara Asia lain seperti di Taiwan, Thailand dan Singapura,” katanya.

Menurut Ruben, perkara yang mendorongnya membuka perniagaan berasaskan makanan ayam geprek ini kerana seleranya yang lebih kepada citarasa tempatan selain mahu memberikan pilihan yang berpatutan kepada pelanggan.

Antara menu yang ditawarkan adalah Geprek Bensu Nasi Lemak, Geprek Bensu Original, Geprek Bensu Sambal Matah, Geprek Bensu Leleh yang dihidangkan dengan keju Mozarella serta Geprek Bensu Sos Telur Masin.

Disamping menghidangkan menu sampingan enak dan juadah pelbagai pilihan buat pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 4:09 PM