Antara PATI yang ditahan. FOTO Ihsan JIM
Antara PATI yang ditahan. FOTO Ihsan JIM
Balqis Jazimah Zahari


SANGGUP menggadai nyawa dengan bersembunyi di bumbung dan belakang zink tajam, semata-mata mahu mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Itu tindakan nekad wanita warga asing selepas kediamannya di Lahat dekat Ipoh diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Serbuan bermula jam 11 malam dan berakhir jam 4 pagi semalam itu berjaya menahan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarah JIM Perak Kamalludin Ismail berkata, sepasukan 17 anggota terbabit operasi itu dan menyerbu 13 premis iaitu kediaman, rumah kongsi, stesen minyak dan bangunan dua tingkat.

“Kita menyerbu premis di Lahat, Buntong, Kampung Simee dan Fair Park. Seramai 85 orang diperiksa namun, 27 orang didapati melanggar peraturan.

“Mereka adalah 12 lelaki dan 10 wanita Indonesia, empat lelaki Pakistan dan satu lelaki Bangladesh berusia antara 16 hingga 45 tahun.

“Lokasi yang diserbu disyaki menggaji warga asing tanpa pas sah dan mereka disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 5:59 PM