KERATAN laporan sebelum ini.
KERATAN laporan sebelum ini.
BERNAMA

DUA daripada empat penuntut Malaysia yang cedera dalam satu rompakan di Durban, Afrika Selatan, Jumaat lalu telah dibenarkan keluar hospital.

Manakala dua lagi masih menerima rawatan di Hospital King Edward.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria telah melawat empat pelajar yang tercedera, berumur antara 19 hingga 27 tahun itu.

“Pihak keluarga dan pengurusan pusat pengajian telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut,” katanya.

Wisma Putra berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria akan terus memantau keadaan mangsa dan memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terpelihara.

Berita berkaitan:

  • Penuntut Malaysia cedera dirompak di Afrika Selatan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 7:52 PM