PELAJAR Orang Asli terpaksa berjalan kaki untuk melepasi jalan berlumpur dan berselut di Pos Simpor.
PELAJAR Orang Asli terpaksa berjalan kaki untuk melepasi jalan berlumpur dan berselut di Pos Simpor.
BERNAMA

LEBIH 5,000 penduduk Orang Asli di beberapa pos di pedalaman daerah ini terputus hubungan apabila jalan balak yang menjadi laluan utama ke bandar ini rosak dan berlumpur berikutan musim tengkujuh ketika ini.

Sehubungan itu, mereka berharap pihak berwajib segera membaiki dan menaik taraf jalan terbabit yang menghubungkan Pos Gob, Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Pos Tohoi.

Pengerusi Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli Pos Tohoi, Zainal Cali berkata, kerosakan jalan menghubungkan perkampungan Orang Asli di pedalaman tidak pernah selesai dan berlaku setiap kali hujan lebat dan musim tengkujuh.

Katanya, keadaan itu menimbulkan masalah bukan sahaja kepada penduduk untuk ke bandar , tetapi ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah.

“Masalah paling ketara ketika ini apabila kenderaan pacuan empat roda yang disediakan untuk membawa pelajar Orang Asli ke sekolah berdepan bahaya kerana jalan licin dan berlumpur,” katanya ketika ditemui di kampung itu di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 6:04 AM