GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling


LIMA sekeluarga rakyat Malaysia yang bercuti di Mesir cedera selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah.

Difahamkan, kemalangan berlaku pada 11 pagi semalam waktu tempatan.

Mereka yang terbabit ialah Prof Loh Teck Chwen, 51, isterinya Prof Foo Hooi Ling, 51, anaknya Loh Xiao Tian, Loh Xiao Ting, 17, dan Loh Xiau Xuan, 15 tahun.

Loh dan isteri serta seorang anaknya ditempatkan di Hospital Suez Canal, 146 kilometer dari Kaherah, manakala dua yang lain ditempatkan di Hospital Kanak-Kanak di Cairo.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Malawakil Kaherah sudah berhubung dengan pihak keluarga dan memberi bantuan sewajarnya.

Beliau berkata, pihak terbabit akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya dan akan memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

Mangsa adalah tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan difahamkan sedang bercuti di negara berkenaan ketika kejadian.

Berita berkaitan

'Lima sekeluarga mangsa kemalangan Kaherah'

'2 rakyat Malaysia maut kemalangan di Kaherah'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 10:41 PM