Muhaamad Hafis Nawawi


PEREKA grafik berdepan detik mencemaskan selepas disamun dua lelaki ketika berada di sebuah kedai dobi 24 jam di Bandar Sri Damansara, di Petaling Jaya, hari ini.

Pada kejadian 12.10 tengah malam itu, suspek merampas beg galas dan melarikan Perodua Myvi berwarna kuning milik mangsa.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, wanita berusia 33 tahun itu, yang sedang mencuci pakaian didatangi lelaki berkenaan.

Suspek yang menutup muka dengan kain sebelum salah seorang mengacu kayu ke arahnya yang ketika itu ditemani rakan wanita.

RAKAMAN CCTV ketika kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
RAKAMAN CCTV ketika kejadian. FOTO Ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek kemudian merampas beg galas mangsa dan rakannya sebelum turut melarikan kereta wanita terbabit.

Menurutnya, mangsa kehilangan telefon bimbit, kunci kenderaan, kunci rumah, kereta dan wang tunai RM200.

Bagaimanapun, mereka tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha memburu suspek kini giat dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 3:30 PM