PETUGAS  membuat persiapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang untuk Program TKHM 2019 Kembali ke Sekolah.
PETUGAS membuat persiapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang untuk Program TKHM 2019 Kembali ke Sekolah.
Ahmad Rabiul Zulkifli


MARANG: Jenama minuman kegemaran ramai MILO akan menyediakan minuman MILO percuma pada program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2019 Kembali Ke Sekolah yang bakal berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang, hari ini.

Pengerusi Program TKHM, Husain Jahit berkata, persiapan yang dijalankan berjalan lancar di SK Undang.

"Seramai 150 murid daripada SK Bukit Payong, SK Paya Resak, SK Gong Balai, SK Rendang dan SK Merchang akan berkumpul di SK Undang untuk menyertai program yang bermula jam 8 pagi itu.

"Mereka berkumpul di SK Undang sebelum bergerak menaiki bas ke pasar raya Mydin Kuala Terengganu untuk memilih sendiri kelengkapan persekolahan mereka seperti pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis," katanya ketika ditemui selepas membuat persiapan program TKHM 2019 Kembali Ke Sekolah di SK Undang, semalam.

Katanya, pelbagai acara sampingan akan diadakan bagi memeriahkan program untuk menceriakan murid seperti kehadiran 'abang MILO' yang menyediakan minuman percuma.

"Titipan Kasih Kembali ke Sekolah adalah program tanggungjawab sosial (CSR) akhbar Harian Metro yang bermatlamat membantu golongan memerlukan dengan kerjasama MILO," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 5:50 AM