GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Harun Yahya


LELAKI maut, manakala rakannya cedera apabila lori 10 tan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Ngungun-Song, di Kanowit, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, pemandu lori yang maut dikenal pasti sebagai She Boon Hong, 20-an, warga Singapura.

“Mangsa yang parah pada kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala rakannya, Lopez anak Luha, 19, hanya mengalami cedera ringan.”

“Kedua mereka difahamkan menghala ke Ngungun dari daerah Song untuk berjumpa rakan mereka. Setibanya ke lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal lori dipandunya sebelum menjunam ke gaung sedalam lebih 21 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, bomba menerima laporan kejadian jam 5:44 petang dan mengambil masa lebih 40 minit untuk tiba ke lokasi kejadian.

“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan BBP Song terbabit dalam operasi membawa keluar mayat mangsa dan mangsa cedera.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera pula dihantar ke Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut,” Katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Disember 2019 @ 11:05 AM