GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

BANJIR di Segamat semakin pulih apabila jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata, setakat 10 pagi, seramai 205 orang daripada 49 keluarga berada di enam PPS, berbanding 252 orang daripada 58 keluarga, malam tadi.

Menurutnya, mereka terdiri daripada penduduk Kampung Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Gemereh, Kampung Spang Loi, Kampung Tandong dan Kampung Bukit Tunggal dalam Mukim Gemereh, Pogoh, Jementah serta Buloh Kasap.

Beliau berkata, PPS yang masih dibuka ialah di PPS Balairaya Kampung Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh, Balairaya Gemereh 3, Sekolah Kebangsaan Kampung Spang Loi, Dewan Kampung Tandong dan Balairaya Bukit Tunggal.

Katanya, cuaca di Segamat adalah cerah, namun, kesemua yang masih berada di PPS itu belum dapat pulang kerana kawasan kediaman masing-masing masih digenangi air.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 11:02 AM